Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
DUNIA

Fátima Bosch dari Mexico dinobat Miss Universe 2025

Astro Awani 21/11/2025 | 07:00 MYT
Fatima Bosch Fernndez dari Mexico dinobatkan sebagai Miss Universe 2025, menewaskan lebih 100 peserta dari seluruh dunia dalam acara di Bangkok, Thailand. -Foto Reuters
BANGKOK: Mexico sekali lagi mencipta sejarah di pentas dunia apabila wakilnya, Fátima Bosch Fernández, dinobatkan sebagai Miss Universe 2025 dalam acara penuh gemilang yang berlangsung di Impact Challenger Hall, Nonthaburi, Bangkok, Thailand.


Ringkasan AI
  • Fatima Bosch Fernndez dari Mexico dinobatkan sebagai Miss Universe 2025, menewaskan lebih 100 peserta dari seluruh dunia dalam acara di Bangkok, Thailand.
  • Kemenangan Fatima menandakan kali keempat Mexico meraih gelaran Miss Universe, selepas Andrea Meza pada tahun 2020.
  • Fatima, graduan dalam bidang Reka Bentuk Fesyen, dikenali kerana komitmen terhadap kebajikan haiwan dan keberanian mengatasi cabaran peribadi seperti disleksia dan ADHD.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Fátima, 25, yang berasal dari Villahermosa, Tabasco, menewaskan lebih 100 peserta dari seluruh dunia untuk merangkul mahkota edisi ke-74 pertandingan ratu cantik paling berprestij itu.

Beliau memukau juri dan penonton dengan keanggunan, keyakinan serta jawapan akhir yang menyentuh isu pemberdayaan wanita dan keberanian menghadapi cabaran peribadi.


Tempat kedua disandang oleh Praveenar Singh dari Thailand, manakala Stephany Abasali dari Venezuela meraih tempat ketiga.

Ahtisa Manalo dari Filipina dan Olivia Yacé dari Côte d’Ivoire melengkapkan senarai lima peserta terbaik.

Kemenangan ini menandakan kali keempat Mexico membawa pulang gelaran Miss Universe, selepas kejayaan terakhir Andrea Meza pada tahun 2020.

Fátima, yang juga seorang graduan dalam bidang Reka Bentuk Fesyen dari Universidad Iberoamericana, dikenali kerana komitmennya terhadap kebajikan haiwan dan keberanian mengatasi cabaran peribadi seperti disleksia dan ADHD.


Majlis turut menyaksikan detik penuh emosi apabila ratu terdahulu, Victoria Kjær Theilvig dari Denmark, menyerahkan mahkota kepada Fátima diiringi sorakan gemuruh daripada penonton dan rakan peserta.





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah yang dinobatkan sebagai Miss Universe 2025 dalam acara yang berlangsung di Thailand?
    A: Fatima Bosch Fernndez dari Mexico.
  • Q: Berapakah jumlah peserta yang dikalahkan oleh Ftima untuk meraih gelaran Miss Universe 2025?
    A: Lebih 100 peserta dari seluruh dunia.
  • Q: Apakah bidang pendidikan Ftima sebelum dinobatkan sebagai Miss Universe?
    A: Graduan dalam bidang Reka Bentuk Fesyen dari Universidad Iberoamericana.
  • Q: Berapakah jumlah gelaran Miss Universe yang telah dimenangi oleh Mexico setakat ini?
    A: Empat gelaran Miss Universe.
  • Q: Siapakah ratu terdahulu yang menyerahkan mahkota kepada Ftima dalam acara kemuncak Miss Universe 2025?
    A: Victoria Kjr Theilvig dari Denmark.



#Miss Universe #Fatima Bosch Fernandez #Mexico #Andrea Meza