awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fumio Kishida hampir pasti jadi PM Jepun baharu

Astro Awani
Astro Awani
30/09/2021
00:23 MYT
Fumio Kishida hampir pasti jadi PM Jepun baharu
Fumio Kishida (kanan) meraikan kejayaan bersama Yoshihide Suga selepas diumumkan menang pemilihan presiden LDP di Tokyo, 29 Sept, 2021. (Foto AP)
BEKAS menteri luar Fumio Kishida hampir pasti menjadi Perdana Menteri Jepun yang baharu menggantikan Yoshihide Suga yang meletak jawatan bulan lepas.
Kishida akan dipilih sebagai perdana menteri dalam sidang Parlimen luar biasa dijadual 4 Okt ini.
Pada Rabu, beliau memenangi pemilihan presiden Parti Demokratik Liberal (LDP), parti yang memerintah Jepun.
Dalam pengundian itu, Kishida memperoleh 257 undi pada pusingan akhir, mengatasi pencabarnya Taro Kono yang mendapat 170 undi.
Memandangkan gabungan diketuai LDP membentuk majoriti di kedua-dua dewan Parlimen, secara tradisinya presiden parti yang baharu hampir pasti dipilih sebagai perdana menteri.
Pada pusingan pertama pengundian, Kishida memperoleh 256 undi manakala Kono mendapat 255 undi.
Dua calon wanita iaitu bekas menteri komunikasi Sanae Takaichi dan Pemangku Setiausaha Agung Eksekutif LDP Seiko Noda tewas dalam kesemua pusingan.
Selesai pemilihan nanti, Jepun turut akan mempertimbangkan untuk mengadakan pilihan raya umum pada 17 Okt ini.
Topic Berkaitan
#pemilihan presiden LDP
#Perdana Menteri Jepun
#Yoshihide Suga letak jawatan
#Fumio Kishida
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan