awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

G7, Australia sertai EU untuk hadkan harga minyak Rusia

Bernama
Bernama
05/12/2022
07:27 MYT
G7, Australia sertai EU untuk hadkan harga minyak Rusia
Suruhanjaya Kesatuan Eropah mencadangkan had harga ditetapkan sebanyak AS$60 untuk minyak yang diangkut dari Rusia melalui laut untuk dipersetujui dalam rundingan antara negara anggota. - Gambar hiasan
NEGARA G7 dan Australia menyertai Kesatuan Eropah (EU) pada Jumaat untuk mengguna pakai had harga $60 setong ke atas minyak Rusia, lapor Anadolu.
Satu kenyataan menyatakan, EU telah mengambil langkah yang sama awal hari itu dan negara-negara berkenaan mencapai kata sepakat mengenai harga maksimum AS$60 untuk minyak mentah dasar laut Rusia.
"Keputusan ini hari ini merupakan komitmen Pemimpin G7 pada sidang kemuncak di Elmau (Jerman) untuk menghalang Rusia memperoleh keuntungan daripada pencerobohannya ke atas Ukraine, menyokong kestabilan dalam pasaran tenaga global serta meminimumkan limpahan ekonomi negatif perang Rusia," katanya.
Keputusan mengenai had harga produk petroleum yang berasal dari Rusia itu berkuat kuasa 5 Februari, katanya.
Negara G7 dan EU sedang berunding untuk mengenakan had harga ke atas minyak Rusia. Minggu lepas, G7 mencadangkan harga harga dari AS$65 hingga AS$70 setong.
Suruhanjaya Kesatuan Eropah mencadangkan had harga ditetapkan sebanyak AS$60 untuk minyak yang diangkut dari Rusia melalui laut untuk dipersetujui dalam rundingan antara negara anggota.
Selain itu, EU sedang mengusahakan mekanisme mengehadkan harga baharu yang akan membolehkan penilaian semula dibuat setiap dua bulan.
Mekanisme itu akan memastikan had harga baharu dikekalkan lima peratus di bawah harga pasaran.
Harga itu akan berkuat kuasa 5 Disember selari keputusan EU dalam mengurangkan bekalan minyak mentah dari Rusia melalui laut.
Rusia mengeluarkan kira-kira 10 peratus daripada pengeluaran minyak dunia.
Sementara itu, pegawai Rusia mengumumkan mereka akan menolak untuk menjual minyak kepada negara yang bersetuju dengan harga berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minyak
#Kesatuan Eropah
#G7
#Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan