DUNIA

Gabenor The Fed, Adriana Kugler letak jawatan, beri peluang kepada calon pilihan Trump

Agensi 01/08/2025 | 23:15 MYT
Peletakan jawatan Kugler (gambar) memberi tekanan politik kepada Jerome Powell, terutamanya berikutan kelembapan pasaran buruh dan reaksi kepada tarif yang diperkenalkan oleh pentadbiran Trump. - Gambar fail Reuters
WASHINGTON: Gabenor Lembaga Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Federal Reserve), Adriana Kugler, mengumumkan peletakan jawatan awal berkuat kuasa 8 Ogos ini, membuka laluan kepada Presiden Donald Trump untuk mencalonkan pengganti beliau sebelum tamat tempoh rasmi pada Januari 2026.

Kugler yang dilantik oleh Presiden Joe Biden pada September 2023, merupakan Gabenor berketurunan Latin pertama dalam sejarah The Fed.

Beliau akan menyertai semula Georgetown University sebagai profesor.

Peletakan jawatan ini membuka satu kerusi di lembaga tujuh ahli penggubal dasar kewangan dan perbankan utama AS dan menawarkan peluang kepada Trump untuk memperkenalkan calon yang lebih menyokong dasar penurunan kadar faedah agresif.

Trump dilaporkan menyambut peluang itu kerana beliau telah lama menyatakan tidak sependapat beliau dengan Gabenor Jerome Powell, mengkritiknya kerana enggan menurunkan kadar faedah.

Kemungkinan calon pengganti termasuk Kevin Hassett, bekas Gabenor The Fed, Kevin Warsh dan Penasihat Ekonomi ketika ini yang semuanya dikaitkan dengan dasar ekonomi Trump

Dua Gabenor The Fed yang dilantik oleh Trump iaitu Christopher Waller dan Michelle Bowman telah menunjukkan perselisihan pendapat dalam mesyuarat dasar monetari minggu ini dengan menyokong penurunan kadar faedah segera, menandakan ketegangan dalaman yang meningkat.

Peletakan jawatan Kugler memberi tekanan politik kepada Jerome Powell, terutamanya berikutan kelembapan pasaran buruh dan reaksi kepada tarif yang diperkenalkan oleh pentadbiran Trump. - Agensi


#Gabenor The Fed #Adriana Kugler #Federal Reserve #letak jawatan #Rizab Persekutuan Amerika Syarikat