awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gabenor Florida Ron DeSantis umum jadi calon pemilihan Presiden AS 2024

Bernama
Bernama
25/05/2023
05:18 MYT
Gabenor Florida Ron DeSantis umum jadi calon pemilihan Presiden AS 2024
DeSantis membuat pengumuman itu dalam video yang dimuat naik di Twitter. -Twitter DeSantis
WASHINGTON: Gabenor Florida Ron DeSantis pada Rabu mengumumkan pencalonannya untuk perlumbaan merebut jawatan presiden Amerika Syarikat (AS) 2024 dan berikrar mengetuai "Kebangkitan Semula Amerika Hebat," lapor Xinhua.
DeSantis membuat pengumuman itu dalam video yang dimuat naik di Twitter.
Im running for president to lead our Great American Comeback. pic.twitter.com/YmkWkLaVDg
— Ron DeSantis (@RonDeSantis) May 24, 2023
"Kami memerlukan keberanian untuk memimpin dan kekuatan untuk menang.
"Saya Ron DeSantis dan saya bertanding jawatan presiden untuk mengetuai kebangkitan semula Amerika yang hebat," kata DeSantis.
Pasukan kempennya memfailkan dokumen dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan mengisytiharkan pencalonannya awal Rabu.
DeSantis dianggap sebagai pencabar utama dalam pemilihan utama Republikan kepada sekutunya, bekas Presiden AS Donald Trump, yang secara rasmi mengumumkan pencalonannya dalam merebut jawatan presiden beberapa bulan sebelum ini.
Menurut tinjauan pendapat, Trump telah mendahului tokoh GOP yang lain.
DeSantis, 44, mempunyai latar belakang pendidikan Ivy League. Beliau belajar sejarah di Universiti Yale dan tidak lama kemudian melanjutkan pelajaran ke Harvard Law School.
Pernah menjadi pegawai tentera laut, DeSantis kali pertama dipilih ke Kongres pada 2012 sebelum menjadi gabenor Florida pada 2018 dan dipilih semula pada 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ron Desantis
#Donald Trump
#Presiden Amerika Syarikat
#Kebangkitan Semula Amerika Hebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan