[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
DUNIA

Gabenor New York, Andrew Cuomo letak jawatan selepas terpalit skandal gangguan seksual

Agensi 10/08/2021 | 16:44 MYT
Gabenor New York, Andrew Cuomo disahkan meletakkan jawatan selepas terpalit dengan dakwaan skandal gangguan seksual. - Gambar/ Reuters
NEW YORK: Gabenor New York, Andrew Cuomo disahkan meletakkan jawatan selepas terpalit dengan dakwaan skandal gangguan seksual yang mencemarkan reputasinya.
Tindakan mengundur diri itu disifatkan satu kerjasama yang baik buat masa ini bagi membolehkan kerajaan kembali mentadbir New York.
Cuomo, 63, menerima tekanan yang mendesaknya supaya meletakkan jawatan sejak beberapa hari lalu, dan desakan itu termasuk dari Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.
Sebelum ini, setiausaha Cuomo, Melissa DeRosa turut membuat keputusan sama dengan meletak jawatan selepas didakwa cuba menutup perbuatan gabenor itu dan membalas dendam terhadap salah seorang individu yang membuat laporan kejadian berkenaan.
Cuomo didakwa melakukan gangguan seksual terhadap 11 orang wanita berlainan sekali gus melanggar undang-undang negeri dan Persekutuan.
#gangguan seksual #Joe Biden #letak jawatan #New York #undang-undang #Andrew Cuomo #Gabenor New York