ISTANBUL: Perikatan pimpinan Arab Saudi di Yaman memaklumkan pada Sabtu bahawa pasukannya telah memintas dan memusnahkan empat dron, lapor Anadolu Ajansi.
"Kami telah memintas dan memusnahkan empat dron dalam tempoh beberapa jam lepas di wilayah Riyadh, Timur dan Selatan," kata jurucakap Turki al-Maliki menerusi hantaran di platform media sosial X.
Tiada butiran lanjut dimaklumkan setakat ini.
التحالف : اعترضنا ودمرنا 4 مسيرات خلال الساعات الماضية بمناطق الرياض والشرقية والجنوبية.
— المتحدث الرسمي باسم قوات التحالف (@CJFCSpox) October 17, 2026
Yaman kian terjerumus dalam konflik sejak Kumpulan Houthi menawan ibu negara Yaman, Sanaa, serta beberapa wilayah lain pada 2014. Keadaan itu mendorong pakatan yang dipimpin Arab Saudi campur tangan pada 2015 bagi menyokong kerajaan yang diiktiraf antarabangsa.
Pertempuran semakin memuncak sejak Julai dan merebak ke negara jiran Arab Saudi, apabila Kumpulan Houthi menyasarkan kemudahan tenaga dan penerbangan termasuk lapangan terbang.
The Coalition: Scenes of targeting and destroying two ballistic missile launchers after they were detected being used to launch ballistic missiles towards the Kingdom. https://t.co/rFNNAhFkav
— المتحدث الرسمي باسم قوات التحالف (@CJFCSpox) October 17, 2026
-- BERNAMA-ANADOLU