DUNIA
Gabungan Freedom Flotilla lancar gelombang baharu kapal dari Itali untuk pecahkan sekatan di Gaza
10 kapal awam berlepas daripada Pelabuhan San Giovanni Li Cuti di Bandar Catania, Sicily, membawa kira-kira 70 aktivis dari lebih 20 negara. - Bernama
ISTANBUL: Jawatankuasa Antarabangsa untuk Menamatkan Kepungan Gaza pada Sabtu melancarkan gelombang baharu kapal dalam usaha mencabar sekatan Israel terhadap wilayah Palestin itu, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam satu kenyataan, jawatankuasa itu berkata 10 kapal awam berlepas daripada Pelabuhan San Giovanni Li Cuti di Bandar Catania, Sicily, membawa kira-kira 70 aktivis dari lebih 20 negara dengan kerjasama Gabungan Freedom Flotilla.
Peserta termasuk sembilan ahli parlimen terpilih dari Eropah dan Amerika Syarikat.
"Langkah ini diambil ketika perang Israel di Gaza memasuki tahun kedua, ditandai dengan pengeboman berterusan, taktik kebuluran, pembunuhan kanak-kanak dan orang awam secara sengaja, serta serangan berulang terhadap wartawan, pasukan perubatan, hospital dan perpindahan besar-besaran keluarga," kata jawatankuasa itu.
Ia menuduh kuasa besar dunia "terus berdiam diri sambil terus membekalkan senjata kepada Israel dan melindunginya daripada dipertanggungjawabkan."
Menurut penganjur, flotila ini meneruskan siri misi maritim yang panjang, termasuk kapal Madleen, Handala dan puluhan kapal lain yang dilancarkan Gabungan Freedom Flotilla sepanjang 15 tahun lepas, serta kapal daripada Flotila Sumud Global yang kebanyakannya dipintas atau diserang pasukan Israel di perairan antarabangsa.
"Kempen global ini tidak akan berhenti sehingga mencapai matlamat kemanusiaan yang murni," kata pengerusi jawatankuasa itu, Zaher Birawi.
Beliau menegaskan bahawa kapal-kapal berkenaan akan terus belayar menuju Gaza "walau apa pun cabaran dan meskipun berdepan ugutan melampau Israel terhadap para aktivis serta penyokong kebebasan di seluruh dunia."
Israel, sebagai kuasa pendudukan, mempunyai rekod memintas kapal menuju ke Gaza, merampas kapal serta mengusir aktivis. Pengkritik menyifatkan tindakan itu sebagai melanun.
Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini menyimpulkan bahawa Israel sedang melakukan genosid di Gaza, yang telah meragut hampir 66,000 nyawa sejak Oktober 2023.
-- BERNAMA