TIDAK dapat diungkapkan dengan perkataan apa yang dilalui anak ini setelah insan yang sepatutnya melindungi dan membesarkannya dengan penuh kasih sayang menjadi orang yang merosakkan masa depannya.

Inilah yang berlaku kepada seorang gadis berusia 16 tahun di Pringsewu, Indonesia yang diperkosa bapa kandungnya sendiri.

Memetik laporan media tempatan, mangsa telah dirogol ayah berusia 43 tahun itu sejak berusia sembilan tahun iaitu ketika dia berada di bangku sekolah rendah lagi.

Akibat tidak tahan dengan perbuatan bapanya, mangsa membuat laporan polis pada Sabtu.

Suspek kini ditahan untuk membantu siasatan.