Gadis lumpuh kejutkan jururawat dengan bangkit dari kerusi roda

Kohilah Sekaran
April 23, 2015 03:44 MYT
Gadis lumpuh kejutkan jururawat dengan bangkit dari kerusi roda. - Foto YouTube
Seorang remaja perempuan dari Amerika Syarikat, Bailey Murrill, melakukan kejutan buat jururawat kesayangannya dengan bertindak bangkit dari kerusi roda selepas dikatakan sembuh dari sakit lumpuh yang dialami selama 11 hari.
Ibu Bailey, Becky Miller yang gembira denfgan perkembangan itu turut memuat naik video itu di YouTube danvideo telah menarik perhatian orang ramai.
“Anak saya, Bailey Murrill mengalami penyakit lumpuh dari paras pinggang secara tiba–tiba dan punca keadaan itu tidak dapat dikenal pasti. Tetapi, kini dia kembali ‘normal’.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatan anak saya dan menyokong kami sepanjang masa mencabar itu,” kata Becky.
Bailey yang sembuh pada awal pagi hari itu telah mengambil keputusan untuk mengejutkan jururawat yang menjaganya selama 11 hari .
Dalam video berdurasi seminit itu terlihat jururawat berkenaan hadir untuk bekerja tanpa mengetahui Bailey sudah sembuh.
Bailey yang ketika itu mengerakkan kerusi roda ke arah jururawat itu mengejutkannya dengan bangkit dari kerusi roda dan meluru ke jururawat itu.
Kegembiraan jururawat itu jelas kelihatan apabila dia memeluk Bailey dan mula menangis sambil berkata,“ terima kasih tuhan, terima kasih!”
Sementara itu, video ini turut menyentuh perasaan pengamal media sosial dan pelbagai reaksi telah diluahkan oleh mereka.

The video of the paralyzed girl who surprised her nurse makes me cry bc it's soooo cute/p>— La Reina. (@xolovelaceexo) April 23, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

My heart has been warmed... A previously paralyzed girl surprises her favorite nurse by walking! http://t.co/Ul70HMkWk7

— Kris Sanchez (@KrisSanchez) April 23, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Girl who was paralyzed surprises her favorite nurse pic.twitter.com/RHTr0aK4Hz

— ønzø(@lonzo_webb) April 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seorang jururawat tabik rakan – rakan jururawatnya yang menjalankan tugas ini dengan penuh ikhlas.

Yes, we nurses really do genuinely care about our patients. Salute to all my nurse friends who give compassionate... http://t.co/F7rJi4oR9b

— Let Me Wrap You (@skinnywrapATL) April 23, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Bailey Murrill #Becky Miller #lumpuh