Gadis sedar daripada koma selepas dengar suara idola Francesco Totti

Agensi
September 29, 2020 22:39 MYT
Francesco Totti meluangkan masa untuk melawat Ilenia Matilli yang baru sedar daripada koma.. - Gambar REUTERS
ROM: Bekas bintang pasukan AS Roma, Francesco Totti meluangkan masa untuk melawat seorang gadis remaja yang baru sedar daripada koma.
Ilenia Matilli, 19, yang terlantar selama sembilan bulan dilaporkan mula sedarkan diri secara beransur selepas mendengar suara Totti.
Memetik laporan antarabangsa, ibu bapa Matilli sebelum ini meminta bantuan Totti untuk memberikan kata semangat buat anaknya itu.
Totti menerusi kiriman suara memberi kata-kata semangat termasuk meminta remaja tersebut supaya tidak berputus asa dan terus bertahan.
Sejurus sedar, Matilli menyuarakan hasratnya untuk bertemu dengan bekas pemain antarabangsa Itali itu.
Kedua-dua mereka sempat meluangkan masa beramah mesra ketika Totti hadir melawat remaja itu di hospital.
#Itali #francesco totti #AS Roma #Ilenia Matilli #bekas pemain antarabangsa Itali #beri kata-kata semangat