awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gajah Asia hadiah Myanmar mati di zoo Jepun akibat virus herpes

Bernama
Bernama
11/09/2024
07:45 MYT
Gajah Asia hadiah Myanmar mati di zoo Jepun akibat virus herpes
Gajah betina berusia 12 tahun itu, satu daripada empat ekor yang tiba di Jepun dari Myanmar pada akhir Julai, diuji positif awal bulan ini untuk virus herpes pada gajah. - Gambar/ Bernama
FUKUOKA: Seekor gajah Asia yang diberikan kepada Fukuoka oleh bandar Yangon di bawah program persahabatan telah mati di sebuah zoo di bandar Jepun itu selepas dijangkiti virus herpes, menurut pegawai bandar pada Selasa, lapor Agensi Berita Kyodo.
Menurut pegawai bandar Fukuoka, gajah betina berusia 12 tahun itu, satu daripada empat ekor yang tiba di Jepun dari Myanmar pada akhir Julai, diuji positif awal bulan ini untuk virus herpes pada gajah atau Elephant endotheliotropic herpesvirus (EEHV).
Beliau berkata virus itu boleh membawa maut kepada haiwan berkenaan.
Gajah itu mati ketika Zoo Fukuoka sedang bersiap sedia untuk membuka sesi tontonan umum bagi haiwan yang disediakan dari Yangon di bawah perkongsian khas antara kedua-dua bandar.
Pegawai bandar Jepun itu berkata tiada masalah kesihatan dikesan pada baki tiga ekor gajah.
Bandar itu menerima kumpulan gajah berkenaan melalui perundingan selama bertahun-tahun dengan Yangon susulan kematian gajah Asia, Hanako di zoo itu pada 2017.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Myanmar
#hadiah kepada Jepun
#gajah mati
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan