awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gajah ditemui mati termakan plastik kerana lapar

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2022
22:45 MYT
Gajah ditemui mati termakan plastik kerana lapar
Seekor gajah liar yang ditemui mati di kawasan pembuangan sampah di Pallakkadu. - Foto AP
AMPARA: Ketiadaan sumber makanan memaksa kumpulan gajah liar di kawasan perkampungan Pallakkadu di Ampara, Sri Lanka pergi ke kawasan pembuangan sampah untuk mengisi perut yang lapar.
Lebih menyayatkan hati, ada yang mati setiap kali pergi ke kawasan itu setelah termakan sisa sampah yang kebanyakannya plastik, sisa toksik serta benda tajam.
Minggu lalu, dua lagi gajah ditemui mati di kawasan itu.
Hasil pemeriksaan oleh pihak veterinar mendapati, tiada makanan ditemui dalam perut haiwan itu, sebaliknya ia dipenuhi dengan plastik dan air.
"Berdasarkan pemerhatian, gajah-gajah liar yang mencari makanan di situ, mati setelah makan sisa-sisa plastik akibat terlalu lapar.
"Beg plastik, pembalut makanan dan sisa-sisa yang tidak boleh dimakan dilihat memenuhi perut mereka, manakala selebihnya air," kata doktor veterinar, Nihal Pushpakumara.
Gajah merupakan haiwan suci di Sri Lanka, bagaimanapun diklasifikasikan sebagai terancam di negara itu.
Jumlahnya sejak sekian lama telah menunjukkan pengurangan yang ketara iaitu daripada 14,000 kepada 6,000 ekor sahaja pada 2011.
Haiwan ini tidak dapat mendekati kawasan rumah kerana dikelilingi dawai besi tajam atau pagar elektrik yang diletakkan penduduk untuk melindungi tanaman.
Topic Berkaitan
#gajah
#mati
#plastik
#lapar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan