Gajah jantan silap sangka serang patung haiwan

Sinar Harian
Ogos 26, 2021 01:03 MYT
Seekor gajah menumbangkan patung haiwan itu di sebuah taman hidupan liar di Thailand baru-baru ini. - Foto Agensi
BANGKOK: Seekor gajah jantan tersilap sangka apabila ia menyerang sebuah patung haiwan di taman hidupan liar di Thailand baru-baru ini.
Haiwan itu bertindak sedemikian di Taman Negara Khao Yai di Hin Tung iaitu kira- kira 180 kilometer dari Bangkok.
Menurut seorang pegawai di taman tersebut, Ple Srichai, haiwan itu mungkin tersilap sangka apabila menyangka patung tersebut ialah saingannya untuk mendapatkan gajah betina.
Dia berkata, adalah sesuatu yang menggelikan hati apabila haiwan tersebut cuba untuk menyerang patung itu sehingga ia cuba untuk menunjukkan kekuatannya.
Para pengunjung taman itu turut menyaksikan gajah berkenaan menyerang patung tersebut di taman berkenaan.
Sebahagian mereka menjerit apabila gajah itu bertindak agresif terhadap patung haiwan berkenaan yang sebenarnya kaku dan tidak memberi sebarang reaksi.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
#gajah #patung #serang #taman hidupan liar