Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
DUNIA

Gangguan Cloudflare jejas akses X, ChatGPT secara global

Reuters 18/11/2025 | 13:48 MYT
Cloudflare, yang mengendalikan sekitar satu perlima trafik internet global, berkata gangguan dalaman dikesan sekitar 6.40 pagi waktu tempatan sebelum tindakan pembaikan segera dilaksanakan.
NEW YORK: Ribuan pengguna di seluruh dunia berdepan kesukaran mengakses platform utama seperti X dan ChatGPT pada Selasa apabila syarikat infrastruktur web Cloudflare mengalami gangguan besar, lapor Reuters.


Ringkasan AI
  • Ribuan pengguna di seluruh dunia mengalami kesukaran mengakses platform utama seperti X dan ChatGPT pada Selasa disebabkan oleh gangguan besar yang dialami oleh Cloudflare, syarikat infrastruktur web yang mengendalikan sekitar satu perlima trafik internet global.
  • Gangguan dalaman Cloudflare dikesan pada 6.40 pagi waktu tempatan, walaupun tindakan pembaikan segera telah dilaksanakan, namun sebahagian pengguna masih terjejas semasa pemulihan dilakukan.
  • Gangguan juga menyebabkan akses terjejas ke laman seperti Canva dan ChatGPT, dengan ribuan laporan masalah dimuat naik ke Downdetector, dan walaupun jumlah laporan gangguan menurun kepada kira-kira 600, kesan terhadap individu mungkin lebih besar daripada yang dilaporkan.


Cloudflare, yang mengendalikan sekitar satu perlima trafik internet global, berkata gangguan dalaman dikesan sekitar 6.40 pagi waktu tempatan sebelum tindakan pembaikan segera dilaksanakan.

Namun, sebahagian pengguna masih mungkin terjejas ketika pemulihan sedang dijalankan.

Gangguan itu turut menjejaskan akses ke laman seperti Canva dan ChatGPT, apabila ribuan laporan masalah dimuat naik ke Downdetector.

Laporan gangguan yang melibatkan Cloudflare bagaimanapun menurun kepada sekitar 600 menjelang 8 waktu tempatan berbanding hampir 5,000 pada kemuncak.

Menurut Downdetector, laporan gangguan dikumpul berdasarkan status dihantar pengguna, dan jumlah sebenar individu terjejas mungkin berbeza daripada angka yang dilaporkan.

“Kami mengesan lonjakan trafik luar biasa pada salah satu perkhidmatan Cloudflare bermula 11.20 UTC.

"Situasi itu menyebabkan sebahagian trafik yang melalui rangkaian Cloudflare mengalami ralat,” kata syarikat itu dalam kenyataan e-mel.

Tambahnya semua pasukan yang terlibat kini bertindak penuh bagi memastikan semua trafik kembali normal.

Sementara itu tiada sebarang respons segera daripada X dan OpenAI.

Insiden tersebut adalah yang terbaharu melibatkan gangguan perkhidmatan internet global.

Pada bulan lalu, Azure milik Microsoft turut berdepan masalah, manakala gangguan pada AWS milik Amazon awal Oktober menyebabkan ribuan laman dan aplikasi seperti Snapchat dan Reddit tergendala di seluruh dunia. — Reuters


#Amazon #ChatGPT #OpenAI #Microsoft