DUNIA
Gangguan MRT terkini di Singapura adalah insiden terpencil, bukan isu sistemik
Syarikat SMRT Trains akan bekerjasama rapat dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk menjalankan penilaian terperinci berkaitan gangguan perkhidmatan yang dialami. - Gambar fail
SINGAPURA: Tiga gangguan tren berasingan dalam tempoh empat hari di Singapura adalah insiden terpencil dan tidak mencerminkan masalah sistemik dalam rangkaian rel, menurut Presiden SMRT Trains, Lam Sheau Kai.
Beliau berkata syarikat itu akan bekerjasama rapat dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk menjalankan penilaian terperinci aset rel, melaksanakan audit teknikal bersama terhadap sistem kritikal, serta memendekkan masa pemulihan tanpa menjejaskan keselamatan.
"Dalam setiap situasi, kakitangan kami bertindak pantas untuk mengutamakan keselamatan penumpang, melaksanakan langkah pemulihan, dan menyediakan perkhidmatan bas percuma sebagai penghubung," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook SMRT.
Pada 14 Sept, sebuah tren rosak di Laluan Utara-Selatan memerlukan operasi menolak keluar 12 gerabak, yang mengambil masa, sebelum perkhidmatan normal dapat disambung semula.
Pada 16 Sept, kerosakan komponen dalam sistem kuasa menyebabkan kegagalan isyarat yang menjejaskan perkhidmatan di Laluan Timur-Barat antara stesen Aljunied dan Tanah Merah.
Beliau berkata SMRT sedang bekerjasama dengan pengeluar peralatan asal (OEM) dan LTA untuk menyiasat kerosakan isyarat yang memerlukan sistem di Laluan Thomson-East Coast dimulakan semula pada pagi Rabu (17 Sept).
SMRT mengendalikan laluan MRT yang terjejas, selain Laluan Circle dan LRT Bukit Panjang.
-- BERNAMA