awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mawar Taif Arab Saudi, pati berharga untuk industri minyak wangi
Musk dakwa bantahan terhadap deepfake Grok hanya alasan untuk penapisan
Kerajaan komited terjemah pertumbuhan ekonomi kepada pekerjaan dan masa depan rakyat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan penerbangan di Lapangan Terbang Gatwick UK disebabkan kekurangan petugas

Bernama
Bernama
15/09/2023
11:08 MYT
Gangguan penerbangan di Lapangan Terbang Gatwick UK disebabkan kekurangan petugas
Berpuluh-puluh ketibaan dan pelepasan terjejas pada petang Khamis, dengan penumpang dinasihatkan untuk menghubungi syarikat penerbangan mereka. -Laman web gatwickairport
LONDON: Masalah kekurangan kakitangan menyebabkan penerbangan di Lapangan Terbang Gatwick telah dibatalkan, ditangguhkan atau dilencongkan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Berpuluh-puluh ketibaan dan pelepasan terjejas pada petang Khamis, dengan penumpang dinasihatkan untuk menghubungi syarikat penerbangan mereka.
Perkhidmatan Trafik Udara Kebangsaan (Nats) berkata: "Sekatan kawalan trafik udara telah dilaksanakan petang ini berikutan ketiadaan petugas yang menjejaskan pasukan kawalan trafik udara kami di Lapangan Terbang Gatwick.
"Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak lapangan terbang untuk memastikan kami dapat mengendalikan penerbangan meskipun mungkin berlaku sedikit gangguan dan kami memohon maaf kepada mereka yang terjejas.
"Kakitangan baharu akan memulakan selepas menamatkan latihan mereka, selaras dengan rancangan yang dipersetujui apabila Nats mengambil alih kontrak itu pada Oktober lalu," kata Nats
Selain itu, Lapangan Terbang Sussex turut memohon maaf atas beberapa kesulitan yang berlaku.
Menurut lapangan terbang itu: "Nats ialah penyedia perkhidmatan trafik udara bertaraf dunia dan pengurusan kanan London Gatwick mengiktiraf betapa pengawal trafik udara lapangan terbang itu berusaha untuk memastikan operasi dapat diteruskan."
"Kami bekerjasama rapat dengan Nats untuk memastikan gangguan dapat diminimumkan."
Gangguan di Lapangan Terbang Sussex berlaku selepas sistem kawalan Nats untuk seluruh UK dilanda masalah teknikal pada Isnin, 28 Ogos.
Lebih seperempat penerbangan keluar dan masuk dari lapangan terbang UK dibatalkan pada hari itu, menjejaskan kira-kira 250,000 penumpang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Gatwick
#trafik udara
#syarikat penerbangan
#Masalah kekurangan kakitangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan