DUNIA
AS gantung sekatan ke atas Syria selepas pertemuan Trump-Ahmed di White House
Presiden Donald Trump (kiri) berjabat tangan dengan Presiden Syria, Ahmad al-Sharaa, di White House, Washington. - Foto AP
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) secara rasmi menggantung pelaksanaan Akta Caesar terhadap Syria selama 180 hari, susulan pertemuan bersejarah antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden Syria Ahmed al-Sharaa di White House pada Isnin.
Ringkasan AI
Langkah ini menandakan perubahan dramatik dalam hubungan dua hala yang sebelum ini tegang sejak lebih sedekad lalu.
Dalam kenyataan langsung dari Pejabat Oval, Trump berkata dunia harus menjangkakan “beberapa pengumuman mengenai Syria” selepas pertemuan tersebut.
“Kami mahu Syria menjadi sebuah negara yang sangat berjaya, dan kami percaya pemimpin ini mampu melakukannya,” kata beliau kepada wartawan.
Trump turut menyatakan hubungan baik al-Sharaa dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan sebagai faktor positif dalam usaha damai serantau.
“Beliau sangat serasi dengan Turkiye, dengan Presiden Erdoğan… Kami juga sedang bekerjasama dengan Israel untuk menjalin hubungan baik dengan Syria,” tambahnya.
Ahmed al-Sharaa mengambil alih kuasa pada Disember lalu selepas mengetuai serangan balas pantas yang menumbangkan bekas Presiden Bashar al-Assad.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua negara bersetuju untuk mengintegrasikan Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang diketuai Kurdi ke dalam tentera Syria, serta menyokong pelan keselamatan bersama dengan Israel.
Jabatan Perbendaharaan AS menyatakan bahawa penggantungan sekatan ini bertujuan memberi peluang kepada Syria untuk “membangun semula dan berkembang” sambil memastikan kebertanggungjawapan terhadap pelaku yang merosakkan kestabilan serantau.
Ringkasan AI
- Amerika Syarikat (AS) menggantung pelaksanaan Akta Caesar terhadap Syria selama 180 hari selepas pertemuan bersejarah antara Presiden Donald Trump dan Presiden Syria Ahmed al-Sharaa di White House.
- Perubahan dramatik dalam hubungan dua hala yang tegang sejak lebih sedekad lalu, Trump menyatakan sokongan terhadap pemimpin Syria untuk menjadikan negara itu berjaya, serta menyorot hubungan baik antara Ahmed dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
- Keputusan penggantungan sekatan ini bertujuan memberi peluang kepada Syria untuk membangun semula dan berkembang, termasuk mengintegrasikan Pasukan Demokratik Syria ke dalam tentera negara tersebut dan menyokong pelan keselamatan bersama dengan Israel.