awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara pakai 'leggings', remaja dihalang menaiki pesawat United Airlines

Syafique Shuib
Syafique Shuib
27/03/2017
13:06 MYT
Gara-gara pakai 'leggings', remaja dihalang menaiki pesawat United Airlines
Seorang jurucakap United Airlines berkata penumpang berkenaan menggunakan tiket khas yang diberikan kepada ahli keluarga dan mereka harus mematuhi beberapa terma, termasuk kod pakaian. - REUTERS/Louis Nastro/Files
SYARIKAT penerbangan Amerika Syarikat, United Airlines dilaporkan bertindak melarang dua orang remaja perempuan dari menaiki pesawat hanya-gara-gara mereka memakai seluar ‘leggings’ atau seluar ketat.
Kejadian berlaku pada Ahad di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver di pintu masuk untuk sebuah pesawat yang menghala ke Minneapolis.
Memetik laporan The New York Times, kedua-dua remaja berkenaan yang turut bersama ahli keluarga yang lain telah ditahan oleh seorang petugas United Airlines.
Petugas itu dilaporkan berkata pakaian yang dipakai oleh remaja berkenaan tidak bersesuaian.
Mereka hanya dibenarkan menaiki pesawat setelah memakai persalinan lain untuk menutup 'leggings' itu.
Insiden itu dikongsi oleh seorang penumpang bernama Shannon Watts dan terus menjadi tular di media sosial.
1) A @united gate agent isn't letting girls in leggings get on flight from Denver to Minneapolis because spandex is not allowed?
— Shannon Watts (@shannonrwatts) March 26, 2017
2) She's forcing them to change or put dresses on over leggings or they can't board. Since when does @united police women's clothing?
— Shannon Watts (@shannonrwatts) March 26, 2017
Susulan itu, seorang jurucakap kepada United Airlines, Jonathan Guerin, mengesahkan kejadian itu dan berkata kedua-dua remaja berkenaan menggunakan tiket ‘Pass Travellers’ yang diberikan kepada kakitangan United Airlines dan ahli keluarga mereka.
Tambah Guerin, mereka yang menggunakan tiket ini harus mematuhi beberapa terma, termasuk pakaian yang bersesuaian kerana mereka “mewakili” syarikat berkenaan jika menggunakan tiket itu.
Perkara ini turut disahkan oleh United Airlines menerusi akaun Twitter mereka.
The passengers this morning were United pass riders who were not in compliance with our dress code policy for company benefit travel.
— United (@united) March 26, 2017
Susulan itu, ramai netizens, termasuk selebriti, yang mengkritik tindakan United Airlines.
@united Do U understand U have just made at least half UR customers very unhappy?
— Patricia Arquette (@PattyArquette) March 26, 2017
I have flown united before with literally no pants on. Just a top as a dress. Next time I will wear only jeans and a scarf.
— christine teigen (@chrissyteigen) March 26, 2017
It's not going to be a pretty sight, but I'm going to wear yoga pants for my next @united flight.
— Andrew Millspaugh (@armillspaugh) March 26, 2017
Topic Berkaitan
#Kini Trending
#kod pakaian
#media sosial
#United Airlines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan