DUNIA
Garis masa Perjanjian Tarif Timbal Balas Indonesia-AS dianjak ke Februari
Perjanjian Tarif Timbal Balas (ART) antara Indonesia dan Amerika Syarikat (AS) yang pada asalnya disasarkan untuk dimuktamadkan pada akhir Januari, kini dianjak kepada pertengahan Februari.
JAKARTA: Perjanjian Tarif Timbal Balas (ART) antara Indonesia dan Amerika Syarikat (AS) yang pada asalnya disasarkan untuk dimuktamadkan pada akhir Januari, kini dianjak kepada pertengahan Februari.
Setiausaha Negara, Prasetyo Hadi berkata, perbincangan oleh pasukan perunding dari kedua-dua buah negara masih lagi berjalan pada ketika ini.
"Kemas kini terbaharu daripada Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi menunjukkan ia (jangkaan pemuktamadan) pada minggu kedua Februari," katanya kepada media pada Rabu. Video ucapan beliau itu turut dimuat naik secara dalam talian.
Pada 7 Jan lepas, Prasetyo dilaporkan berkata, rundingan berkenaan telah memasuki peringkat akhir dengan mengikut jadual, tempoh 12 hingga 19 Jan dikhaskan untuk proses draf perundangan, disusuli majlis menandatangani perjanjian pada akhir Januari.
Bagaimanapun, Prasetyo mengesahkan bahawa setakat ini tiada isu substantif dalam proses rundingan yang menjadi punca kepada penangguhan itu.
Beliau turut menzahirkan harapan agar proses rundingan itu akan terus berjalan lancar dan memberikan hasil terbaik untuk rakyat serta negara.
-- BERNAMA