awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
PokéPark Kanto buka tirai di Tokyo, Pokémon ‘hidup’ dalam dunia sebenar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Garis Merah' kelilingi Parlimen UK, tuntut sekatan terhadap Israel

Astro Awani
Astro Awani
04/06/2025
22:15 MYT
'Garis Merah' kelilingi Parlimen UK, tuntut sekatan terhadap Israel
Penunjuk perasaan membentangkan kain merah besar merentasi Jambatan Westminster dan Lambeth. - Foto REUTERS
LONDON: Ribuan penunjuk perasaan pro-Palestin berpakaian merah membentuk ‘garis merah’ mengelilingi bangunan Parlimen Britain pada Rabu.
Ia sebagai simbol desakan terhadap kerajaan United Kingdom untuk mengenakan sekatan dan larangan eksport senjata ke atas Israel susulan krisis kemanusiaan yang berterusan di Gaza.
Protes yang dinamakan “Red Line for Palestine” itu dianjurkan oleh gabungan pertubuhan termasuk Palestinian Forum in Britain (PFB), Palestine Solidarity Campaign (PSC), Friends of Al-Aqsa (FOA) dan Stop the War Coalition.
Ia diadakan serentak semasa sesi soal jawab Perdana Menteri UK, Keir Starmer di Dewan Rakyat. .
Penunjuk perasaan membentangkan kain merah besar merentasi Jambatan Westminster dan Lambeth, serta sepanjang tebing Sungai Thames, sebagai simbol sempadan moral terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai “penggunaan kebuluran sebagai senjata perang” oleh Israel.
Satu kain rentang besar turut dipamerkan di Jambatan Westminster yang menuntut larangan eksport senjata ke atas Israel.
Penganjur menyatakan bahawa walaupun kerajaan UK baru-baru ini menggantung rundingan perdagangan dengan Israel dan mengenakan sekatan terhadap beberapa individu, langkah itu dianggap 'terlalu sedikit dan terlalu lewat' memandangkan situasi di Gaza yang semakin meruncing.
Perang di Gaza tercetus sejak Oktober 2023 apabila pejuang Hamas membunuh 1,200 orang di Israel dan menawan kira-kira 250 tebusan, menurut angka rasmi Israel.
Sebagai tindak balas, Israel melancarkan kempen ketenteraan yang telah meragut lebih 54,000 nyawa rakyat Palestin yang kebanyakannya adalah orang awam, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.
Topic Berkaitan
#garis merah
#Parlimen
#krisis kemanusiaan
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami