INTERNATIONAL
Gaza catat hampir 42,000 kematian, 60 peratus wanita dan kanak-kanak

Hampir 42,000 orang terbunuh di Semenanjung Gaza sejak konflik dengan Israel meletus setahun lalu, dengan lebih 60 peratus daripadanya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. - Gambar fail/AP
KAHERAH: Hampir 42,000 orang terbunuh di Semenanjung Gaza sejak konflik dengan Israel meletus setahun lalu, dengan lebih 60 peratus daripadanya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada Isnin, lapor Sputnik.
"Bilangan mangsa telah meningkat kepada 41,909, dengan lebih 60 peratus daripadanya adalah golongan wanita dan kanak-kanak. Seramai 97,303 orang cedera," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami