DUNIA
Gaza dakwa 109 terbunuh dalam serangan Israel, termasuk kanak-kanak dan OKU
Serangan ini berlaku di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak, dengan komuniti antarabangsa terus mendesak gencatan senjata dan perlindungan terhadap orang awam. - Foto AP
GAZA: Pejabat Media Kerajaan Gaza melaporkan bahawa serangan udara Israel dalam tempoh 12 jam terakhir telah meragut nyawa 109 orang awam, termasuk 52 kanak-kanak, 23 wanita, empat warga emas dan tujuh orang kelainan upaya (OKU).
Ringkasan AI
Dalam satu kenyataan rasmi, pejabat itu menuduh Israel melancarkan kempen sistematik penyebaran maklumat palsu dan penipuan bagi memesongkan fakta serta menutup jenayah berterusan terhadap penduduk awam di Semenanjung Gaza.
Terdahulu, tentera Israel menerbitkan senarai 26 individu yang didakwa terbunuh dalam serangan terbaru, lengkap dengan 21 gambar.
Namun, pemeriksaan lanjut mendapati tiga nama dalam senarai tersebut tidak tepat, bukan berbahasa Arab dan tidak tersenarai dalam rekod rasmi Palestin.
Beberapa nama lain juga didapati palsu dan tidak disertakan gambar, menimbulkan keraguan terhadap ketulenan maklumat yang disebarkan.
Pejabat Media Gaza turut menegaskan bahawa serangan Israel melanggar prinsip asas undang-undang kemanusiaan antarabangsa, termasuk kesepadanan dan pembezaan, dengan menyasarkan kawasan kediaman, hospital dan tempat perlindungan secara terang-terangan dan disengajakan.
Serangan ini berlaku di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak, dengan komuniti antarabangsa terus mendesak gencatan senjata dan perlindungan terhadap orang awam.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Serangan udara Israel di Gaza dalam 12 jam terakhir telah meragut 109 nyawa, termasuk kanak-kanak, wanita, warga emas dan OKU, menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza.
- Gaza menuduh Israel menyebarkan maklumat palsu, termasuk senarai mangsa yang didakwa mengandungi nama tidak sah dan gambar yang diragui ketulenannya.
- Serangan didakwa langgar undang-undang kemanusiaan, dengan Israel dituduh menyasarkan kawasan awam secara terang-terangan, di tengah desakan global untuk gencatan senjata.