Gaza diserang kali kedua ketika gencatan senjata

Astro Awani
Jun 18, 2021 00:01 MYT
Tentera Udara Israel menyasarkan markas tentera milik pejuang Hamas di bandar Khan Younes, di timur Gaza. - Foto REUTERS/Mohammed Salem
NETIV HAASARAH: Israel meneruskan serangan udara di Semenanjung Gaza.
Ini merupakan serangan pusingan kedua sejak gencatan senjata dikuatkuasakan.
Zionis mendakwa serangan adalah sebagai tindak balas selepas serangan Gerakan Hamas.
Bagaimanapun tiada laporan mengenai jumlah korban setakat ini.
Polis Israel sebelum itu dilihat menggunakan bom tangan dan semburan air untuk menyuraikan penunjuk perasaan Palestin yang terlibat dalam tunjuk perasaan di Baitulmaqdis Timur.
Pada 16 Jun lalu, Israel melancarkan serangan udara pertama terhadap Gaza sejak gencatan senjata diadakan.
Ia juga yang pertama sejak kerajaan gabungan baharu mengambil alih pemerintahan selepas menggulingkan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.
Dalam serangan itu, Tentera Udara Israel menyasarkan markas tentera milik pejuang Hamas di bandar Khan Younes, di timur Gaza.
#Gaza #serangan udara #Israel #gencatan senjata