DUNIA
Gaza perlukan 'seni bina keselamatan' selepas gencatan senjata, kata Menteri Luar Jerman
Wadephul berkata mereka akan membincangkan situasi di Asia Barat dan sumbangan EU terhadap pelan damai Gaza, selain isu antarabangsa lain. - Reuters
BERLIN: Gaza memerlukan satu "seni bina keselamatan" selepas gencatan senjata, dan Kesatuan Eropah (EU) boleh memberikan sokongan lebih kukuh bagi melaksanakan pelan itu, kata Menteri Luar Jerman Johann Wadephul pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi.
Bercakap kepada wartawan di Brussels sebelum Mesyuarat Menteri-Menteri Luar EU, Wadephul berkata mereka akan membincangkan situasi di Asia Barat dan sumbangan EU terhadap pelan damai Gaza, selain isu antarabangsa lain.
"Kami memerlukan seni bina keselamatan bagi Semenanjung Gaza yang merangkumi pasukan penstabilan antarabangsa dan pegawai polis Palestin, kedua-duanya kini disahkan melalui resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang baru diluluskan," katanya.
Menteri luar itu mengulangi sokongan kuat Jerman terhadap pelan gencatan senjata Gaza anjuran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, sambil menyatakan bahawa Jerman sejak sekian lama menyokong resolusi Majlis Keselamatan PBB bagi mengukuhkan asas undang-undang pelan berkenaan.
"Kami kekal bersedia memberikan sokongan praktikal. Ini bermakna misi sedia ada EU boleh diaktifkan dan diperkukuh," katanya merujuk kepada misi polis dan keselamatan sempadan EU di rantau itu.
"Kami juga memerlukan kerjasama rapat dengan Israel. Saya telah membincangkannya dengan rakan sejawatan Israel saya beberapa kali, dan saya berharap satu persetujuan dapat dicapai segera," kata beliau lagi.
Wadephul berkata negara-negara jiran boleh melatih pasukan polis Palestin yang baharu, dengan Jordan dan Mesir telah pun menyatakan kesediaan mereka.
-- BERNAMA