RIYADH: Para pemimpin Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan ASEAN menggesa gencatan senjata yang berkekalan di Gaza dan memastikan akses bantuan kemanusiaan yang berkesan dan cekap, serta penghantaran tanpa halangan bahan api, makanan, dan ubat-ubatan ke seluruh Gaza.
Menurut kenyataan bersama GCC dan ASEAN semasa Sidang Kemuncak GCC-ASEAN pada 20 Okt, para pemimpin telah bertukar pandangan dan menyatakan kebimbangan yang mendalam terhadap perkembangan di Asia Barat.
Mereka mengutuk semua serangan terhadap orang awam, dan menggesa semua pihak dalam konflik supaya melindungi orang awam, mengelak daripada mensasarkan mereka, dan mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa, terutama prinsip dan peruntukan Konvensyen Geneva Berkaitan Perlindungan Orang Awam pada Masa Perang 12 Ogos 1949.
Mereka menggesa pembebasan segera dan tanpa syarat tebusan dan tahanan awam, terutama wanita, kanak-kanak, orang sakit dan warga tua, menurut kenyataan bersama yang disediakan di laman sesawang Saudi Press Agency (SPA).
Para pemimpin menggesa semua pihak berkaitan supaya berusaha ke arah penyelesaian damai bagi konflik itu dengan tujuan merealisasikan penyelesaian dua negara berdasarkan sempadan sebelum 1967 mengikut undang-undang antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang berkaitan.
Pemimpin kedua-dua blok itu juga bersetuju untuk menyokong inisiatif Arab Saudi, Kesatuan Eropah dan Liga Negara Arab untuk menghidupkan semula proses damai Asia Barat dengan kerjasama Mesir dan Jordan, dan menyelesaikan pertikaian Israel-Palestin mengikut undang-undang antarabangsa serta semua resolusi PBB mengenai konflik ini.
Sidang Kemuncak pertama itu, menghimpunkan dua blok terkemuka yang terdiri daripada 10 negara anggota ASEAN dan enam anggota GCC - Arab Saudi, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Bahrain dan Oman.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2023
Menurut kenyataan bersama GCC dan ASEAN semasa Sidang Kemuncak GCC-ASEAN pada 20 Okt, para pemimpin telah bertukar pandangan dan menyatakan kebimbangan yang mendalam terhadap perkembangan di Asia Barat. - Gambar Astro AWANI
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Perhimpunan Agung PBB tuntut gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza
Resolusi yang turut menekankan keperluan akses kemanusiaan segera, diluluskan dengan sokongan 158 undi, sembilan undi menentang dan 13 berkecuali.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel serang lebih 250 sasaran ketenteraan di Syria
Sumber keselamatan Israel memberitahu tentera negara itu telah melaksanakan salah satu operasi serangan terbesar dalam sejarah tentera udara mereka di Syria.
Ukraine sedia berunding dengan Rusia - Trump
Zelensky dan Ukraine mahu membuat perjanjian [dengan Rusia] dan menghentikan kegilaan ini, kata Presiden Terpilih AS.
Qatar sambung usaha pengantaraan gencatan senjata Gaza selepas jeda sebulan
Sheikh Mohammed menegaskan, keputusan Qatar kembali ke meja rundingan didorong oleh momentum baharu, terutamanya selepas pemilihan Presiden AS.
Tentera Lubnan akan adakan mesyuarat gencatan senjata
Jawatankuasa disertai pegawai tertinggi tentera dari Amerika Syarikat (AS) dan Perancis itu turut meninjau sektor selatan Litani.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump mahu gencatan senjata Gaza dilaksana sebelum mulakan tugas - PM Qatar
Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thanipada Rabu menyatakan bahawa Trump mahu gencatan senjata di Gaza dilaksanakan sebelum majlis pelantikannya.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang meningkat, menjejaskan sentimen pasaran getah Kuala Lumpur.