INTERNATIONAL
GCC jangka potensi perdagangan dengan ASEAN lonjak 30 peratus
Sheikh Sabah Al-Khaled Al-Hamad Al-Sabah, berkata jangkaan itu berdasarkan peningkatan pelaburan dan keyakinan pasaran, yang membuktikan potensi besar melalui dasar ekonomi yang proaktif. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Majlis Kerjasama Teluk (GCC) menjangkakan potensi perdagangan antara blok itu dan ASEAN melonjak 30 peratus kepada AS$180 bilion (RM757 bilion) menjelang 2032, berbanding AS$130.7 bilion pada tahun lalu.
Ringkasan AI
Presiden Majlis Tertinggi GCC yang juga Presiden Majlis Tertinggi GCC yang juga Putera Mahkota Kuwait, Sheikh Sabah Al-Khaled Al-Hamad Al-Sabah, berkata jangkaan itu berdasarkan peningkatan pelaburan dan keyakinan pasaran, yang membuktikan potensi besar melalui dasar ekonomi yang proaktif.
"Kami menantikan kemajuan dalam rundingan perjanjian perdagangan bebas, serta peningkatan kerjasama dalam rantaian bekalan dan pelaburan.
"Gabungan GCC dan ASEAN mewakili kuasa ekonomi dan manusia yang besar, dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kira-kira AS$6 trilion dan populasi sekitar 740 juta, serta jaringan perdagangan dan laluan laut antara yang terpenting di dunia, memberikan kesan langsung terhadap kestabilan serantau dan pertumbuhan ekonomi global," katanya.
Beliau berucap pada pembukaan sempena Sidang Kemuncak ASEAN-GCC kedua yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, hari ini.
Acara diplomatik bersejarah ini menghimpunkan pemimpin dari negara-negara ASEAN, dan GCC yang terdiri daripada Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Qatar, Bahrain, dan Oman.
Sheikh Sabah menambah, sidang kemuncak pemimpin hari ini menjadi bukti komitmen untuk membina kerjasama strategik berasaskan kepentingan bersama, prinsip undang-undang antarabangsa, dan komitmen terhadap pembangunan yang menyeluruh serta mampan.
Katanya, ia menyatukan dua kuasa berpengaruh di peringkat global, masing-masing dengan kelebihan geografi, sumber manusia dan kekuatan strategik, yang melayakkan kedua-duanya memainkan peranan penting dalam menghadapi perubahan ekonomi dunia yang pantas, serta cabaran keselamatan yang kompleks.
Selain itu, Sheikh Sabah berkata GCC menegaskan komitmen kepada dialog terbuka, saling menghormati kedaulatan, dan tidak campur tangan dalam urusan dalaman negara.
GCC juga, ujar beliau menyeru kerjasama lebih erat dalam memerangi keganasan, jenayah terancang, dan peningkatan keupayaan menangani krisis.
"Tentang isu Palestin dan Gaza, kami amat prihatin terhadap krisis kemanusiaan yang berterusan.
"GCC menegaskan sokongan terhadap penubuhan negara Palestin merdeka berdasarkan sempadan 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
"Kami menyeru komuniti antarabangsa agar bertindak segera dan tegas untuk menghentikan keganasan dan memulakan proses damai yang berlandaskan undang-undang antarabangsa dan Inisiatif Damai Arab," katanya.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Ringkasan AI
- GCC menjangkakan perdagangan dengan ASEAN meningkat 30% kepada AS$180 bilion menjelang 2032, hasil pelaburan aktif dan dasar ekonomi proaktif antara kedua-dua blok.
- Gabungan ASEAN-GCC dilihat sebagai kuasa ekonomi besar dengan KDNK gabungan sekitar AS$6 trilion dan populasi 740 juta, serta komitmen terhadap pembangunan mampan, keselamatan serantau, dan kerjasama strategik.
- GCC turut menegaskan sokongan terhadap penubuhan negara Palestin merdeka dan menyeru tindakan tegas komuniti antarabangsa untuk menghentikan keganasan serta memulakan proses damai.