GCC, Jepun sambung semula rundingan FTA

Bernama
Julai 17, 2023 03:10 MYT
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman menerima Fumio Kishida yang sedang dalam lawatan rasmi ke Arab Saudi, di Jeddah, 16 Julai 2023. - Saudi Press Agency/Handout via REUTERS
RIYADH: Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Jepun pada Ahad mengumumkan penyambungan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), lapor Xinhua, memetik Agensi Berita Arab Saudi.
Kedua-dua pihak menandatangani kenyataan bersama di bandar Jeddah Arab Saudi untuk menyambung semula rundingan di luar mesyuarat antara Setiausaha Agung GCC Jasem Mohamed Albudaiwi dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, yang sedang dalam lawatan rasmi ke Arab Saudi.
Jepun kini merupakan pasaran eksport dan sumber import keempat terbesar GCC, menurut Albudaiwi.
-- BERNAMA
#FTA #Fumio Kishida #Arab Saudi #Jasem Mohamed Albudaiwi