Gegaran susulan 6.9 magnitud gegar Nepal, jumlah kematian cecah 2,500 nyawa

Bernama
April 26, 2015 15:34 MYT
Gegaran terbaru itu mencetuskan keadaan panik dan huru-hara dalam kalangan beribu-ribu penduduk yang meninggalkan rumah mereka dan berlindung di jalan-jalan dan kawasan terbuka. - Foto AFP
Gempa susulan berukuran 6.9 pada skala Richter pada 2.10 petang waktu tempatan pada Ahad menggegarkan seluruh Nepal dan sekali lagi memaksa penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Kathmandu.
Jabatan Meteorologi India (IMD) dan Kajian Geologi Amerika Syarikat mengesahkan bahawa gegaran susulan itu berpusat kira-kira 77 kilometer dari Kathmandu.
Gegaran terbaru itu mencetuskan keadaan panik dan huru-hara dalam kalangan beribu-ribu penduduk yang meninggalkan rumah mereka dan berlindung di jalan-jalan dan kawasan terbuka.
Kesan gempa susulan turut dirasai di sebahagian besar kawasan di utara India dengan keadaan muka bumi di Delhi bergegar selama kira-kira 30 saat dan menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara mengalami gangguan bekalan.
Sehingga malam ini angka kematian disahkan meningkat kepada 2,500 nyawa.
Jabatan Meteorologi India (IMD) dan Kajian Geologi Amerika Syarikat mengesahkan bahawa gegaran susulan itu berpusat kira-kira 77 kilometer dari Kathmandu. - Foto AFP
Gegaran susulan yang kuat itu menyebabkan operasi bantuan dihentikan buat seketika di Nepal dan lebih banyak gempa susulan diramalkan oleh IMD dan pihak berkuasa Nepal.
BACA: Operasi menyelamat di Nepal giat dijalankan, banyak mercu tanda bersejarah rosak
BACA: MKN gerakkan operasi bawa pulang rakyat Malaysia di Nepal hari ini
FOTO: Malapetaka gempa bumi Nepal
Gempa susulan terbaru itu juga sekali lagi mencetuskan runtuhan salji di kawasan Gunung Everest. Semalam, gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter itu menyebabkan angka kematian meningkat kepada lebih 2,000 orang selain membawa kemusnahan dahsyat.
Seorang pegawai Nepal memberitahu saluran berita NDTV bahawa lapangan terbang ditutup sementara kerana kru di daratan perlu memeriksa keadaaan landasan sebelum membenarkan pesawat untuk mendarat.
Gegaran susulan yang kuat itu menyebabkan operasi bantuan dihentikan buat seketika di Nepal - Foto AFP
Semua pergerakan pesawat dihentikan untuk sementara sehingga 4 petang (waktu tempatan Nepal) sementara menunggu arahan selanjutnya, kata pegawai itu.
Ini mendorong penerbangan Air India yang membawa 131 penumpang ke Kathmandu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indra Gandhi di Delhi.
Gegaran susulan juga memaksa Perdana Menteri India, Narindra Modi memanggil mesyuarat peringkat tinggi dengan para pegawai kanannya di sini bagi membincangkan mengenai bantuan susulan kepada kerajaan Nepal.
Kerajaan Nepal sahkan angka rasmi kematian akibat gempa bumi kini melebihi 2,500 nyawa. - Foto AFP
Sementara itu, pihak berkuasa India mengesahkan bahawa kebanyakan pendaki Gunung Everest terkandas di Base Camp 1 dan 2. Pasukan mencari dan menyelamat dari Tentera India telahpun mengeluarkan 18 mayat sejak semalam.
Sehingga pukul 3 petang (waktu Kathmandu) hari ini, para pegawai mengesahkan bahawa jumlah angka kematian telah mencecah 2,000 orang dan lebih 5,000 orang cedera.
#gempa bumi #Kathmandu #Nepal #New Delhi