Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menggerakkan operasi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Nepal, berikutan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di kawasan Himalaya tengah hari semalam.
Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata pihaknya memutuskan usaha membawa pulang rakyat Malaysia dengan menggunakan sebuah pesawat Hercules Tentera Udara Malaysia (TUDM) C-130 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kathmandu, yang dijadual berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang petang ini.
"Kami telah mendapat arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi ... yang menjadi keutamaan sekarang adalah untuk membawa pulang kesemua rakyat Malaysia yang terkandas," katanya hari ini.
Beliau berkata antara pasukan yang akan menyertai misi itu ialah SMART Team daripada MKN, Persatuan Bulan Sabit Merah dan beberapa anggota MERCY Malaysia.
Mengenai jumlah rakyat Malaysia yang terkandas, Mohamed Thajudeen berkata anggarannya masih belum dikenal pasti dan usaha menjejaki sedang dilaksanakan bersama Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Nepal.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif MERCY Malaysia Ahmad Faizal Mohamad memberitahu, pihaknya telah bersiap sedia untuk membantu misi itu dengan kekuatan kira-kira tujuh anggota termasuk lima doktor bagi memberi perkhidmatan perubatan.
"Dalam misi pertama, kami akan menghantar petugas unit respons kecemasan perubatan sebagai pasukan peninjau sebelum menghantar misi kedua dan seterusnya yang akan terdiri daripada lebih 20 orang doktor," katanya.
Beliau berkata selain itu, pelbagai ubat-ubatan dan barangan logistik akan dibekalkan bagi menjayakan misi itu.
Media dan agensi berita antarabangsa melaporkan angka kematian kini sudah melebihi 1,800 orang. Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya, Kathmandu dan bandar Pokhara, pada 2.56 petang (waktu Malaysia) semalam.
Setakat semalam, semua rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Kathmandu dan Pejabat Suruhanjaya Tinggi di New Delhi, dilaporkan selamat.
Bernama
Sun Apr 26 2015
Pasukan yang akan menyertai misi itu ialah SMART Team daripada MKN, Persatuan Bulan Sabit Merah dan beberapa anggota MERCY Malaysia. - Foto AP
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Amaran tsunami ditarik balik selepas gempa 7.0 pada skala Richter landa California
Gempa berlaku lebih 60 batu di barat daya Ferndale, Humboldt County, manakala pusat gempa terletak 45 batu di barat daya Eureka.
Gempa bumi lemah dikesan di Tawau
Pusat gempa terletak 4.5 darjah utara dan 118.1 darjah timur dengan kedalaman 10km, iaitu sekitar 17km dari pusat bandar Tawau.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa bumi kuat landa Rantau New Ireland, Papua New Guinea
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 pada skala Richer dikesan berlaku di Rantau New Ireland, Papua New Guinea pada 1.28 tengah hari tadi.
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud gegar timur Indonesia
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda perairan timur wilayah Maluku Utara, Indonesia, pada Isnin.
Lebih 10 juta rakyat California sertai simulasi gempa bumi
Lebih 10 juta penduduk California pada Khamis menyertai simulasi tahunan kesiapsiagaan gempa bumi terbesar di dunia, lapor Xinhua.
Timur Turkiye digegarkan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud
Gempa itu dilaporkan turut dirasai di wilayah sekitar termasuk Elazig dan Diyarbakir.