DUNIA
Gelombang dunia iktiraf Palestin sebagai negara berdaulat
Negara-negara yang memberikan pengiktirafan ini mewakili Asia, Afrika, Amerika Latin dan Eropah termasuk kuasa-kuasa besar Barat. - Foto Astro AWANI
SEBANYAK 157 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kini secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat, mewakili kira-kira 81 peratus komuniti antarabangsa.
Perkembangan ini mencerminkan sokongan global yang semakin meluas menentang genosid di Gaza yang kini sudah berlarutan hampir dua tahun.
Negara-negara yang memberikan pengiktirafan ini mewakili Asia, Afrika, Amerika Latin dan Eropah termasuk kuasa-kuasa besar Barat.
Malaysia adalah antara negara yang paling awal menyatakan sokongan terhadap Palestin dan terus memperjuangkan hak rakyatnya di pelbagai platform antarabangsa.
Meskipun mendapat pengiktirafan meluas, Palestin masih belum diterima sebagai anggota penuh PBB.
AS Guna Kuasa Veto Sekat Keahlian Palestin
Pada tahun 2012, Perhimpunan Agung PBB telah menaik taraf status Palestin daripada entiti pemerhati kepada “Negara Pemerhati Bukan Ahli”, membolehkan penyertaan dalam mesyuarat dan perbahasan, tetapi tanpa hak mengundi dalam resolusi.
Usaha untuk mendapatkan keahlian penuh sekali lagi disekat pada 18 April 2024, apabila satu resolusi yang disokong secara meluas telah diveto oleh Amerika Syarikat, menghalang Palestin daripada diterima sebagai negara anggota penuh.
Sejak menyertai PBB, Amerika Syarikat telah menggunakan kuasa veto sekurang-kurangnya 50 kali untuk menggagalkan resolusi yang mengkritik tindakan ketenteraan, penempatan haram serta penjarahan tanah Palestin oleh Israel.
Penggunaan kuasa veto ini telah berulang kali menghalang langkah-langkah antarabangsa untuk menangani pelanggaran hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa oleh Israel ke atas bumi Palestin.
Hak Veto: Kuasa Istimewa Lima Negara Pengasas
Kuasa veto yang dimiliki Amerika Syarikat berpunca daripada statusnya sebagai salah satu daripada lima negara pengasas PBB, bersama China, Russia, Perancis dan United Kingdom.
Kelima-lima negara ini merupakan Ahli Tetap Majlis Keselamatan PBB, yang diberikan hak istimewa untuk menggunakan kuasa veto ke atas sebarang resolusi.
Menurut Piagam PBB, jika mana-mana satu daripada lima ahli tetap ini mengundi menentang sesuatu resolusi, maka resolusi tersebut tidak akan diluluskan, walaupun mendapat sokongan majoriti daripada 15 ahli Majlis Keselamatan.
Trump: "Pengiktirafan Palestin Adalah Ganjaran untuk Hamas”
Ketika gelombang antarabangsa yang semakin kuat dalam mengiktiraf Palestin, sudah tentu tindak-tanduk Amerika Syarikat yang merupakan sekutu kuat Israel menjadi tumpuan.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam ucapannya di Perhimpunan Agung PBB ke-80 (UNGA80) di New York pada Rabu, mengecam tindakan tersebut terutamanya negara-negara Barat yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.
“Ganjaran terlalu besar buat pengganas Hamas atas kekejaman mereka.”
Kenyataan Trump itu mencetus perdebatan hangat dalam kalangan diplomat dan pemerhati serta penganalisis geopolitik antarabangsa, yang melihatnya sebagai satu cubaan untuk mengaitkan kemerdekaan Palestin dengan keganasan, sekaligus menjejaskan usaha damai yang sedang digiatkan.
Bagaimanapun. Trump juga mengejutkan ramai pihak apabila menyeru agar kekejaman di Gaza dihentikan serta-merta.
“Kita perlu hentikan perang di Gaza sekarang,” tambah Trump, sambil menyatakan bahawa beliau “amat terlibat” dalam usaha mencapai gencatan senjata.
Trump turut menuntut pembebasan segera tebusan warga Israel yang dipercayai masih hidup dan ditahan di Gaza.
Apa selepas ini?
Kenyataan Trump jelas menunjukkan bahawa naratif isu Palestin masih dimanipulasi dan dikaitkan dengan ekstremisme dan keganasan, sekaligus menjejaskan usaha damai.
Walaupun kuasa-kuasa besar dunia telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat, halangan keahlian penuh di PBB terus menjadi cabaran terbesar dalam menuntut hak rakyat Palestin.
Kuasa veto yang dimiliki oleh Amerika Syarikat dan negara-negara lain dalam Majlis Keselamatan PBB menunjukkan kepincangan struktur global yang masih berat sebelah dan sering kali mengabaikan suara majoriti antarabangsa.
Namun, sokongan yang semakin meluas ini memberi harapan bahawa tekanan diplomatik dan solidariti global mampu membuka ruang kepada penyelesaian yang lebih adil dan berkekalan.
Dunia kini menyaksikan satu titik perubahan penting, sama ada untuk terus membiarkan ketidakadilan berlarutan atau untuk bersama dalam membina masa depan yang lebih adil dan saksama buat rakyat Palestin.