DUNIA
Gelombang haba awal landa timur China, ancam tanaman dan industri
Pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran kepada pekerja agar mengurangkan aktiviti luar dan mengambil langkah perlindungan sewaktu perjalanan harian. - Foto X/@ChinaDaily
BEIJING: Wilayah timur China kini dilanda gelombang haba luar biasa awal musim panas, dengan suhu mencecah 40°C, menjejaskan kawasan pertanian utama dan pusat industri sepanjang Sungai Yangtze.
Ringkasan AI
Fenomena ini berpunca daripada sistem tekanan tinggi subtropika yang menetap lebih awal daripada biasa, menyebabkan suhu melonjak di wilayah Anhui, Zhejiang, Hubei dan Henan.
Biasanya, musim panas ekstrem dikenali sebagai Musim Sanfu hanya bermula pertengahan Julai, namun tahun ini ia tiba lebih awal.
Pakar meteorologi memberi amaran bahawa tanaman seperti padi dan kapas berisiko mengalami kerosakan akibat suhu tinggi berpanjangan, yang boleh menjejaskan hasil tuaian dan pendapatan petani.
Di Henan, yang digelar “lumbung gandum China”, lebih 63 peratus tanah pertanian terjejas akibat kemarau dan suhu ekstrem.
Industri pembuatan dan pelabuhan utama juga berdepan gangguan operasi, manakala sistem kesihatan awam semakin tertekan dengan peningkatan kes strok haba.
Pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran kepada pekerja agar mengurangkan aktiviti luar dan mengambil langkah perlindungan sewaktu perjalanan harian.
Sementara timur China bergelut dengan haba, wilayah barat dan utara pula dilanda hujan lebat dan banjir kilat, dengan rakaman video menunjukkan penduduk di Chengdu menggunakan kanu untuk meredah jalan yang ditenggelami air.
Gelombang haba ini dilihat sebagai sebahagian daripada corak iklim ekstrem yang semakin kerap berlaku, dan China dijangka mengalami musim panas kedua berturut-turut yang luar biasa panas, menurut laporan tahunan Blue Book oleh Pentadbiran Meteorologi China.
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Ringkasan AI
- Gelombang Haba Awal - Wilayah timur China dilanda suhu mencecah 40C, lebih awal daripada musim panas biasa, akibat tekanan tinggi subtropika.
- Ancaman Terhadap Pertanian dan Industri - Tanaman padi, kapas serta operasi kilang dan pelabuhan terjejas, kesihatan awam juga ditekan oleh strok haba.
- Iklim Ekstrem Berganda - Timur China dibakar haba, barat dan utara pula dilanda banjir kilat - mencerminkan pola cuaca ekstrem semakin kerap berlaku.