GELOMBANG protes 'anti-lockdown' merebak ke Shanghai pada awal pagi Ahad selepas penduduk di beberapa bandar menyuarakan kemarahan terhadap insiden kebakaran yang meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa yang didakwa berpunca daripada sekatan ketat COVID-19.
Insiden tunjuk perasaan itu tercetus selepas kebanyakan pengguna media sosial mendakwa mangsa kebakaran di sebuah apartmen Urumqi, wilayah Xinjiang tidak dapat menyelamatkan diri kerana sebahagiannya dikunci di bawah perintah berkurung (lockdown).
Pada mulanya, sejumlah penduduk di Shanghai berhimpun di Wulumuqi Road untuk memperingati mangsa yang terkorban di wilayah barat China itu.
"Tarik balik lockdown di Urumqi, tarik balik balik sekatan di Xinjiang, tarik balik lockdown di seluruh China," laung peserta protes di hab kewangan Beijing tersebut.
Kumpulan itu turut melaungkan slogan mengutuk pemerintah yang merupakan tunjuk perasaan jarang berlaku terhadap kepimpinan Parti Komunis China (CPC).
Difahamkan, langkah perintah berkurung selama dua bulan yang pernah dilaksanakan di Shanghai yang berpopulasi 25 juta penduduk pada awal tahun lalu juga pernah mencetuskan protes.
Bagi meredakan kemarahan penduduk, pihak berkuasa di Xinjiang dilaporkan akur dengan desakan penunjuk perasaan dan melonggarkan sekatan di beberapa kawasan kejiranan di Urumqi setelah pelaksanaan sekatan ketat selama lebih tiga bulan di wilayah itu.
Sehari selepas insiden kebakaran itu, penduduk dilaporkan berarak di jalan utama di Urumqi sambil melaungkan slogan 'tamatkan segera lockdown!' dan rakaman video protes secara aman itu turut menjadi tular di media sosial.
Kebanyakan penduduk di ibu kota wilayah yang berpopulasi empat juta penduduk itu tidak betah lagi untuk menghadapi sekatan paling lama malah ada segelintir yang dilarang keluar dari rumah selama 100 hari.
Sementara itu, di Beijing yang terletak sejauh 2,700 kilometer dari Xinjiang, sekumpulan penduduk juga mengadakan demonstrasi bagi membantah sekatan pergerakan yang dilaksanakan di bandar itu.
Ketika ini, pemerintah masih berpegang teguh dengan dasar 'sifar COVID-19' walaupun ia melonggarkan beberapa protokol kesihatan seperti memendekkan tempoh kuarantin.
Namun, dasar kontroversi itu terus menerima bantahan sejak beberapa bulan lalu berikutan peraturan ketat yang dikuatkuasakan kerajaan pusat telah menyebabkan tragedi termasuk kematian seorang bayi berusia empat bulan di Zhengzhou, wilayah Henan pada minggu lalu.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia kerana lambat menerima rawatan setelah mengalami muntah-muntah dan cirit-birit ketika menjalani kuarantin di sebuah hotel di bandar tersebut. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Sun Nov 27 2022

Sekumpulan penduduk mengadakan demonstrasi bagi membantah sekatan pergerakan yang dilaksanakan. - Gambar/ Reuters

COVID-19 | Jepun tarik semula penggunaan pelitup muka
Jepun akan menarik semula arahan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup dan akan menurunkan taraf klasifikasi COVID-19.

Bila PRN? | Pas akan hubungi pimpinan 3 negeri ditadbir Pakatan Harapan
PAS akan menghubungi pimpinan tiga negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dalam waktu terdekat untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan tarikh Pilihan Raya Negeri, PRN.

Reaksi Ku Li | Pemecatan ahli kerana langgar disiplin adalah perkara biasa
Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan pemecatan ahli atas kesalahan melanggar disiplin parti adalah perkara biasa.

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.

Lee Zii Jia perlukan jurulatih - Roslin Hashim
Penurunan prestasi menyaksikan Zii Jia turut berdepan penurunan ranking dunia dari tangga kedua ke tangga keempat.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007039/11199715291674957360883_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Nursyazwani Saiful Sham.

Mustafa Centre dari Singapura bakal buka gedung pertama di Johor Bahru
Mustafa akan membeli 591 unit runcit yang tidak terjual di Capital City Mall daripada syarikat tersebut yang merupakan gabungan kawasan boleh sewa bersih seluas 641,216 kaki persegi.

Wushu hanya sasar satu pingat emas di Sukan SEA Kemboja
Sasaran rendah ditetapkan kerana WFA memperkenalkan format baharu pertandingan yang lebih mencabar.

3 terkorban dalam gempa bumi kuat di Iran
Media turut melaporkan salji tebal di beberapa kawasan terjejas, dengan suhu sejuk serta gangguan bekalan elektrik memburukkan lagi keadaan.

Mangsa banjir Johor menurun kepada 2,511
Jumlah mangsa banjir berkenaan melibatkan 697 keluarga dari tujuh daerah iaitu di Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat, Segamat, Tangkak dan Muar.

AirAsia X mencatat sejumlah 417,195 penumpang yang diterbangkan pada tahun kewangan 2022
AirAsia X Bhd melaporkan membawa 417,195 penumpang dengan jumlah kapasiti 536,491 tempat duduk dalam tahun kewangan penuh 18 bulan berakhir 31 Dis, 2022 (FY2022).

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pelabur dijangka terus berhati-hati berikutan kemungkinan peningkatan mendadak kes COVID-19 di China selepas perayaan Tahun Baharu Cina.

Jualan REEV di China dijangka cecah 500,000 pada 2025
Semakin banyak syarikat automobil China mengeluarkan produk REEV berikutan pembangunan kenderaan tenaga baharu.

Muat naik gambar hidangan sebelum makan selamatkan lelaki dari maut
Dia terselamat daripada malapetaka apabila memilih bertanya maklumat mengenai sotong yang ingin dijamahnya kepada orang ramai.

China enjin pertumbuhan dunia - Ketua Pengarah WTO
Katanya, dunia masih belum pulih sepenuhnya daripada impak penularan COVID-19 tetapi situasi sedang berkembang ke arah yang kian baik.

Bandar di utara China catat suhu paling rendah
Pada Ahad, stesen meteorologi tempatan mencatatkan suhu -53 darjah Celsius pada jam 7 pagi.

MOTAC sasar hingga 6 juta pelancong China melawat Malaysia tahun ini - King Sing
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjangkakan enam juta pelancong dari negara China akan melawat Malaysia pada tahun 2023.

Tradisi 'makan besar' tarik pelancong di China
Sehari sebelum memasuki tahun baharu, masyarakat Tionghua akan mengadakan makan besar bagi menghimpunkan saudara-mara.

COVID-19: China catat peningkatan 70 peratus kadar kemasukan ke hospital
Laporan yang dikeluarkan pada Khamis menunjukkan kadar kemasukan ke hospital meningkat 70 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Agensi pelancongan China sambung semula perkhidmatan lawatan berkumpulan
Agensi pelancongan China bakal menyambung semula perkhidmatan lawatan berkumpulan ke 20 negara termasuk Rusia bermula 6 Februari.