DUNIA
Gelombang selesema jejaskan kapasiti hospital UK
NHS berkata pesakit harus menghadiri janji temu seperti yang dijadualkan melainkan dinasihatkan sebaliknya dan menggunakan talian 111 untuk keperluan mendesak tetapi bukan kecemasan. REUTERS
BIRMINGHAM (England): Kemasukan pesakit ke hospital akibat selesema di United Kingdom (UK) melonjak lebih 50 peratus dalam seminggu, mengakibatkan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) berdepan apa yang digambarkan pegawai sebagai "senario terburuk" bagi Disember, lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
Data terbaharu NHS yang dikeluarkan pada Khamis menunjukkan purata 2,660 pesakit sehari dirawat di hospital akibat selesema minggu lalu iaitu angka tertinggi pernah dicatatkan untuk tempoh ini pada musim sejuk dan peningkatan 55 peratus berbanding minggu sebelumnya. Jumlah itu bersamaan kapasiti lebih tiga hospital bersaiz sederhana setiap hari.
Pemimpin NHS berkata keadaan terus merosot selepas tempoh pelaporan berakhir, dengan tiada tanda jangkitan mencapai kemuncak. Kes norovirus turut meningkat dengan ketara, melibatkan 354 pesakit memenuhi katil hospital setiap hari minggu lalu, peningkatan 35 peratus.
Lonjakan ini berlaku ketika kehadiran di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan mencapai rekod 2.35 juta pada November manakala permintaan untuk perkhidmatan ambulans meningkat kepada 802,525 iaitu hampir 49,000 lebih daripada tahun sebelumnya.
Tekanan dijangka bertambah apabila doktor residen bersedia untuk mogok lima hari bermula 17 Dis, mencetuskan kebimbangan gangguan perkhidmatan menjelang Krismas.
Pengarah Perubatan Kebangsaan NHS Profesor Meghana Pandit berkata gabungan jumlah pesakit tertinggi pernah direkodkan, peningkatan kes selesema dan tindakan industri menekan kakitangan "hingga ke tahap maksimum."
"Dengan hanya seminggu lagi untuk membina imuniti maksimum sebelum Krismas, saya menggesa sesiapa sahaja yang layak mendapat vaksin selesema untuk menempah janji temu," kata Pandit.
Setakat ini, 17.4 juta orang menerima suntikan selesema, kira-kira 170,000 lebih daripada tempoh yang sama tahun lalu. Lebih 60,000 kakitangan barisan hadapan tambahan juga divaksin.
Setiausaha Kesihatan Wes Streeting memberi amaran tentang "gelombang besar selesema" yang melanda hospital dan menggesa doktor residen untuk menerima tawaran gaji terbaharu kerajaan bagi mengelakkan gangguan lanjut.
NHS berkata pesakit harus menghadiri janji temu seperti yang dijadualkan melainkan dinasihatkan sebaliknya dan menggunakan talian 111 untuk keperluan mendesak tetapi bukan kecemasan. Jabatan Kecemasan dan perkhidmatan 999 akan terus beroperasi seperti biasa.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kemasukan pesakit ke hospital akibat selesema di UK melonjak lebih 50% dalam seminggu, mencapai purata 2,660 pesakit sehari, rekod tertinggi musim sejuk ini.
- Lonjakan ini mengakibatkan NHS menghadapi "senario terburuk" bagi Disember, dengan kes norovirus juga meningkat 35%.
- Tekanan dijangka bertambah dengan kemungkinan mogok lima hari doktor residen bermula 17 Disember, menimbulkan kebimbangan gangguan perkhidmatan menjelang Krismas.