INTERNATIONAL
Gempa 5.0 magnitud landa tengah Myanmar
Pusat gempa berada pada kedalaman 10 kilometer dan terletak kira-kira lima batu ke tenggara bandar Wundwin di wilayah Mandalay. -USGS
YANGON: Gempa bumi berukuran 5.0 magnitud melanda kawasan tengah Myanmar jam 10.59 pagi waktu tempatan pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua memetik Jabatan Meteorologi dan Hidrologi (DMH) negara itu.
Menurut laporan, pusat gempa berada pada kedalaman 10 kilometer dan terletak kira-kira lima batu ke tenggara bandar Wundwin di wilayah Mandalay.
-- BERNAMA