WELLINGTON: Satu gempa bumi kuat melanda New Zealand awal pagi ini.

Gempa berukuran 6.6 pada skala Richter itu dikesan pada jam 7.35 pagi waktu tempatan (2.35 waktu Malaysia) di perairan timur negara itu, sekali gus mencetuskan kebimbangan berlakunya tsunami.

Beberapa siri gempa dengan magnitud di antara 4.9 dan 5.0 turut dikesan di kawasan berdekatan, lapor USGS.

Ia selepas dua gegaran kuat empat hari lalu yang mendorong arahan pengosongan di kawasan pantai sejauh 100 batu itu.

Tiada laporan kerosakan diumumkan dan amaran tsunami telah dikeluarkan.