awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa 6.0 magnitud gegar Indonesia ketika negara bergelut akibat letusan Semeru

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2021
01:13 MYT
Gempa 6.0 magnitud gegar Indonesia ketika negara bergelut akibat letusan Semeru
Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter dilapor melanda Indonesia pada jam 11.47 malam tadi. -USGS
JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter dilapor melanda Indonesia pada jam 11.47 malam tadi.
Gempa bumi pada kedalaman 151 kilometer itu melanda utara Halmahera, pulau terbesar di kepulauan Maluku dan pulau terbesar Indonesia di luar lima pulau utama.
Tiada kecederaan, kematian atau kerosakan harta benda telah dilaporkan setakat ini, lapor Sputnik.
Gegaran dirasai selama 30 saat sehingga ke Filipina, kira-kira 431 km dari pusat gempa.
Satu gempa bumi turut dilapor melanda Indonesia kira-kira 21 minit kemudian di selatan Sumbia.
Gempa bumi berukuran 3.9 magnitud itu dikesan pada kedalaman 10 kilometer di seberang laut Banda.
Kejadian berlaku ketika negara itu berdepan tragedi letusan Gunung Berapi Semeru di Jawa Timur semalam.
Dilaporkan seorang maut manakala puluhan lagi cedera dalam kejadian itu.
Tidak dapat dipastikan sama ada kejadian letusan dan gempa bumi ini mempunyai kaitan secara langsung.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Halmahera
#Maluku
#Gunung Berapi Semeru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan