DUNIA

Gempa 6.0 magnitud landa Taiwan

Agensi 23/10/2018 | 04:41 MYT
Bandar Hualien terletak 160 kilometer ke tenggara Taipei.
Gempa bumi berkekuatan A 6.0 magnitud melanda bandar pesisiran pantai, Hualien, pada Selasa, dengan kedudukan 160 kilometer di Tenggara Taipei, kata biro kaji cuaca Taiwan.

Setakat ini belum ada laporan mengenai kemusnahan mahupun mangsa yang terjejas.

Begitupun, saksi Reuters memberitahu, gempa yang terjadi sekitar jam 1.35 petang waktu tempatan tersebut menggegarkan bangunan di ibu kotanya, Taipei. Gempa tersebut berkedalaman 31 kilometer.

Taiwan, sebuah pulau di bawah negara China yang menjalankan pentadbiran sendiri, terletak berdekatan dua plat tektonik dan cenderung kepada bencana gempa bumi.

Sementara itu di media sosial, beberapa pengguna Twitter tempatan berkongsi pengalaman mereka:

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#gempa bumi #Hualien #Taiwan