DUNIA
Gempa 6.4 magnitud landa semenanjung Kamchatka, Rusia
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud melanda Lautan Pasifik Utara di luar wilayah Kamchatka di Timur Jauh Rusia pada Khamis.
ISTANBUL: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud melanda Lautan Pasifik Utara di luar wilayah Kamchatka di Timur Jauh Rusia pada Khamis, menurut Perkhidmatan Geofizik Bersatu (UGS) bagi Akademi Sains Rusia (RAS), lapor Anadolu Ajansi (AA).
Gempa itu berlaku pada 12.42 tengah hari GMT (12.42 tengah malam waktu tempatan Kamchatka) pada kedalaman 52 kilometer (km), menurut laporan di Telegram.
Ia menyatakan bahawa pusat gempa terletak 143km ke selatan bandar Petropavlovsk-Kamchatsky, yang merupakan pusat pentadbiran wilayah berkenaan.
Pihak berkuasa tidak melaporkan sebarang kerosakan atau kemalangan jiwa.
-- BERNAMA