awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa 6.6 magnitud gegar Nepal, 6 maut

Agensi
Agensi
09/11/2022
02:00 MYT
Gempa 6.6 magnitud gegar Nepal, 6 maut
Keenam-enam mangsa ditemui meninggal dunia selepas kediaman mereka runtuh akibat gempa di daerah Doti. -USGS
KATHMANDU: Sekurang-kurangnya enam maut dalam gempa bumi berukuran 6.6 magnitud yang melanda Nepal pagi ini.
Menurut Pusat Seismologi negara itu, keenam-enam mangsa ditemui meninggal dunia selepas kediaman mereka runtuh akibat gempa yang berlaku di daerah Doti.
Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC) sebelum ini meramalkan gegaran gempa bumi pada magnitud 5.6.
Gempa tersebut dikesan berpusat pada 158 kilometer (km) timur laut Pilibhit, sebuah bandar di negeri jiran Uttar Pradesh, India dan pada kedalaman 10 km.
Gegaran susulan turut dirasai di ibu negara India, New Delhi dan kawasan berdekatan.
Pada masa sama, Pusat Seismologi Kebangsaan India menetapkan gempa pada magnitud 6.3.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Nepal
#enam maut
#Doti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan