Gempa 6.6 magnitud landa New Zealand, amaran tsunami dikeluarkan

Astro Awani
Mac 8, 2021 21:10 MYT
Gempa berukuran 6.6 pada skala Richter dikesan pada jam 7.35 pagi waktu tempatan di perairan timur New Zealand. -USGS
WELLINGTON: Satu gempa bumi kuat melanda New Zealand awal pagi ini.
Gempa berukuran 6.6 pada skala Richter itu dikesan pada jam 7.35 pagi waktu tempatan (2.35 waktu Malaysia) di perairan timur negara itu, sekali gus mencetuskan kebimbangan berlakunya tsunami.
Beberapa siri gempa dengan magnitud di antara 4.9 dan 5.0 turut dikesan di kawasan berdekatan, lapor USGS.
Ia selepas dua gegaran kuat empat hari lalu yang mendorong arahan pengosongan di kawasan pantai sejauh 100 batu itu.
Tiada laporan kerosakan diumumkan dan amaran tsunami telah dikeluarkan.
#gempa bumi #New Zealand #skala Richter #amaran tsunami #gegaran kuat