[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Gempa 6.7 magnitud gegar selatan Jepun

Astro Awani 13/06/2020 | 20:00 MYT
Gempa berukuran 6.7 magnitud itu dikesan berlaku di lautan di Pulau Ryukyu.
Satu gempa bumi kuat menggegarkan kepulauan di selatan Jepun awal pagi ini.
Gempa berukuran 6.7 magnitud itu dikesan berlaku di lautan di Pulau Ryukyu, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Pusat gempa dikesan pada kedalaman 160 km.
Gempa berukuran 6.7 magnitud itu dikesan berlaku di lautan di Pulau Ryukyu.
Setakat ini tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Gegaran turut dirasai di Okinawa, juga pulau paling selatan Kyushu.
Tiada maklumat kerosakan atau kehilangan jiwa dilaporkan setakat ini.
#amaran tsunami #gempa bumi #Jepun #Kyushu #Okinawa #Pulau Ryukyu #selatan Jepun