DUNIA

Gempa barat Sumatera Utara ragut 1 nyawa, 9 lagi cedera - BMKG

Astro Awani 01/10/2022 | 03:21 MYT
Sejumlah 53 gempa susulan direkodkan dengan gegaran turut dirasai di beberapa bandar susulan gempa awal pada jam 2.28 pagi waktu tempatan. -Facebook/Reno Alfatih Jawwa
JAKARTA: Seorang maut, sembilan yang lain cedera dalam kejadian gempa bumi 6.0 magnitud di barat Sumatera Utara, Indonesia awal pagi tadi, lapor Reuters.

Menurut Ketua Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), Dwikorita Karnawati, 53 gempa susulan direkodkan dengan gegaran turut dirasai di beberapa bandar susulan gempa awal pada jam 2.28 pagi waktu tempatan.

Tambahnya, lima buah rumah dilaporkan rosak dengan kemungkinan berlakunya tanah runtuh di kawasan berbukit.

Namun, kata Karnawati, tiada risiko tsunami dilapor setakat ini.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.



#gempa bumi #Indonesia #tanah runtuh #tsunami