GEMPA bumi berukuran 5.1 magnitud melanda berhampiran loji kuasa nuklear Bushehr, Iran pada Jumaat.

Gegaran gempa bumi sederhana itu dilaporkan mampu memberi kerosakan yang besar kerana ia mempunyai kedalaman sejauh 38 kilometer.

Bagaimanapun, media melaporkan tiada sebarang kecederaan dan kerosakan yang berlaku.

Beberapa pihak berkuasa turut mengesahkan tiada sebarang kejadian meragut nyawa selepas melakukan pemeriksaan terhadap kawasan gempa bumi yang berlaku di kilang loji kuasa nuklear yang terletak di Pantai Selatan Iran tersebut.