[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
INTERNATIONAL

Gempa bumi 5.1 magnitud berhampiran loji nuklear Iran

Astro Awani 27/12/2019 | 05:24 MYT
Gempa bumi berukuran 5.1 magnitud melanda berhampiran loji kuasa nuklear Bushehr, Iran pada Jumaat.
GEMPA bumi berukuran 5.1 magnitud melanda berhampiran loji kuasa nuklear Bushehr, Iran pada Jumaat.
Gegaran gempa bumi sederhana itu dilaporkan mampu memberi kerosakan yang besar kerana ia mempunyai kedalaman sejauh 38 kilometer.
Bagaimanapun, media melaporkan tiada sebarang kecederaan dan kerosakan yang berlaku.
Beberapa pihak berkuasa turut mengesahkan tiada sebarang kejadian meragut nyawa selepas melakukan pemeriksaan terhadap kawasan gempa bumi yang berlaku di kilang loji kuasa nuklear yang terletak di Pantai Selatan Iran tersebut.
#5 1 magnitud #Bushehr #gempa bumi #Iran #loji kuasa nuklear #loji nuklear #Media #Pantai Selatan Iran #reaktor nuklear