DUNIA
  
            Gempa bumi 5.6 magnitud landa timur Afghanistan
Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud melanda wilayah Nuristan di timur Afghanistan pada pagi Rabu. -USGS
            
      KABUL: Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud melanda wilayah Nuristan di timur Afghanistan pada pagi Rabu, lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), menurut Xinhua.
Ringkasan AI
Menurut USGS, gempa bumi melanda Parun City, ibu negeri wilayah Nuristan, pada 3:43 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempa terletak pada kedudukan 35.95 darjah latitud utara dan 70.56 darjah longitud timur, dengan kedalaman 99 km.
Nuristan ialah wilayah terpencil dan bergunung-ganang yang bersempadan dengan Pakistan. Disebabkan akses terhad kepada Internet dan telekomunikasi, masih tiada laporan mengenai mangsa dan kerosakan akibat bencana itu.
-- BERNAMA
              
  Ringkasan AI
- Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud melanda wilayah Nuristan di timur Afghanistan pada pagi Rabu.
 - Pusat gempa terletak di Parun City, dengan kedalaman 99 km.
 - Tiada laporan mengenai mangsa dan kerosakan akibat bencana itu disebabkan akses terhad kepada Internet dan telekomunikasi.