awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi 5.8 magnitud gegar Filipina, 51 cedera

Agensi
Agensi
13/07/2019
12:42 MYT
Gempa bumi 5.8 magnitud gegar Filipina, 51 cedera
51 orang cedera manakala beberapa rumah, gereja dan bangunan musnah dalam gempa bumi berukuran magnitud 5.8 yang menggegarkan selatan Filipina pagi Sabtu.
Sekurang-kurangnya 51 orang cedera manakala beberapa rumah, gereja dan bangunan musnah dalam gempa bumi berukuran magnitud 5.8 yang melanda selatan Filipina pagi Sabtu.
Lapor AFP, gempa yang menggegarkan bandar Carrascal di Surigao sekitar jam 4.42 pagi pada kedalaman lima kilometer dengan Institut Volkanologi dan Sismologi Filipina (Phivolcs) juga merekodkan tujuh gegaran susulan.
Gegaran dirasai di bandar Butuan, Tandag dan Cagayan de Oro; Misamis Oriental di selatan Filipina dan bandar Cebu, tengah Filipina.
Filipina yang terletak di Lingkaran Api Pasifik, cenderung mengalami bencana alam berbentuk aktiviti seismik.
Gempa bumi yang paling dahsyat di negara berkenaan berlaku pada April lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang dalam gempa berukuran 6.3 magnitud melanda wilayah di utara ibu kota Manila.
Topic Berkaitan
#Carrascal
#Cebu
#earthquake
#Filipina
#gempa bumi
#Lingkaran Api Pasifik
#Philippines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan