[TERKINI] DUN Sabah Dibubar — PRN Ke-17 Bermula! Ikuti Perkembangan di Sini
DUNIA

Gempa bumi 5.9 magnitud landa selatan Kazakhstan

Bernama 06/10/2025 | 13:11 MYT
Rangkaian stesen seismik Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan merekodkan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud pada Isnin, dengan gegaran dirasai di selatan Kazakhstan.
ASTANA (Kazakhstan): Rangkaian stesen seismik Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan merekodkan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud pada Isnin, dengan gegaran dirasai di selatan Kazakhstan, lapor Agensi Berita Qatar (QNA) memetik laporan akhbar tempatan.

Agensi Berita Kazinform yang memetik kementerian berkenaan melaporkan bahawa gempa bumi itu berlaku di wilayah Jambyl dan bandar Shymkent, dengan pusat gempa terletak 465 kilometer ke barat daya Almaty dalam wilayah Kyrgyzstan.

Kementerian itu mengesahkan bahawa setakat ini tiada kerosakan harta benda atau kemalangan jiwa dilaporkan, sambil menyatakan pihaknya terus memantau keadaan melalui penyelarasan dengan pihak berkuasa berkaitan di rantau berkenaan.

-- BERNAMA


#gempa bumi #Kazakhstan #Jambyl #Shymkent