INTERNATIONAL

Gempa bumi 6.0 magnitud landa Tonga

Bernama 25/05/2025 | 14:06 MYT
Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan setakat ini.
SUVA: Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud menggegarkan kawasan 178 kilometer (km) di selatan-barat daya 'Ohonua, Tonga pada 11.49 malam waktu tempatan Ahad, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Xinhua.

Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan.

Menurut USGS, pusat gempa dengan kedalaman 11.6 km pada awalnya ditentuan berada di 22.788 darjah latitud selatan dan longitud 175.725 darjah longitud barat.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak segera mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa itu.

-- BERNAMA

#Tonga #gempa bumi #bencana alam #USGS #6 magnitud