DUNIA

Gempa bumi 6.0 magnitud landa utara Algeria

Astro Awani 18/03/2021 | 02:00 MYT
Satu gempa bumi kuat 6.0 magnitud melanda perairan utara Algeria sebentar tadi. -Google Earth
MOSCOW: Satu gempa bumi kuat 6.0 magnitud melanda perairan utara Algeria sebentar tadi.
Pusat Seismological Eropah-Mediterranean dalam satu kenyataan berkata gegaran dikesan pada 00:04 GMT 24 kilometer di timur laut bandar Bejaia.
Pusat gempa dikesan pada kedalaman 10 kilometer.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tiada laporan kerosakan atau kehilangan nyawa dikeluarkan setakat ini, juga tiada amaran tsunami dikeluarkan.
#gempa bumi #Algeria #magnitud #Pusat Seismological Eropah-Mediterranean #gegaran #kedalaman 10 kilometer